Wilayah Luar Negeri British (juga dikenali sebagai
Wilayah Seberang Laut British)
[lower-alpha 1] atau secara alternatifnya
Wilayah Luar Negeri United Kingdom (atau
Wilayah Seberang Laut United Kingdom)
[lower-alpha 2] ialah 14 buah
wilayah di bawah bidang kuasa dan kedaulatan
United Kingdom.
[1][2] Wilayah tersebut merupakan sebahagian daripada
Empayar British yang tidak beroleh kemerdekaan atau telah memilih untuk kekal sebagai wilayah British dan mereka bukanlah sebahagian daripada United Kingdom. Kebanyakan wilayah tersebut mempunyai pemerintahan sendiri dengan United Kingdom bertanggungjawab dalam hal ehwal pertahanan dan hubungan asing, manakala selebihnya tidak berpenduduk atau mempunyai penghuni sementara yang terdiri daripada anggota tentera atau masyarakat saintifik. Mereka berkongsi
ketua negara yang sama iaitu Baginda
Ratu Elizabeth II (terkini).Istilah "Wilayah Luar Negeri British" diperkenalkan oleh Akta Wilayah Luar Negeri British 2002, menggantikan istilah Wilayah Tanggungan British yang diperkenalkan melalui Akta Kerakyatan British 1981. Sebelum 1 Januari 1983, wilayah-wilayah tersebut secara rasmi dirujuk sebagai
Tanah Jajahan Mahkota British. Dengan pengecualian Wilayah Antartik British serta Georgia Selatan dan Kepulauan Sandwich Selatan (yang hanya menempatkan pegawai dan kakitangan stesen penyelidikan) dan Wilayah Lautan Hindi British (digunakan sebagai pangkalan tentera), wilayah-wilayah lain mempunyai populasi awam yang tetap. Penduduk tetap untuk 7,000 orang atau lebih yang menetap di Kawasan Pangkalan Berdaulat Akrotiri dan Dhekelia adalah terhad untuk rakyat Republik
Cyprus.Walaupun
wilayah tanggungan mahkota Jersey,
Guernsey dan
Pulau Man juga berada di bawah kedaulatan pemerintahan beraja British, mereka berada dalam hubungan perlembagaan yang berbeza dengan United Kingdom.
[3][4] Wilayah luar negeri dan wilayah tanggungan diraja juga berbeza dengan
alam Komanwel, satu kumpulan yang terdiri daripada 15 buah negara merdeka (dan United Kingdom) di mana Ratu Elizabeth II merupakan ketua negara mereka, dan daripada
negara-negara Komanwel, sebuah persatuan yang terdiri daripada 52 buah negara yang kebanyakannya mempunyai hubungan bersejarah dengan
Empayar British (yang juga merangkumi semua alam Komanwel).